
Sulit
4 tahun
Ketulan antara buah zakar
Suami ada ketulan diantara cabang buah zakar beliau…sakit bila di pegang

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anda hadapi. Melaui penerangan anda, masalah ketulan pada buah zakar yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kista
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian perlu dijalankan. Oleh itu, jika masalah ini masih berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan secara am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah