nhzhidayahzulkifli
5 tahun
Ketulan bawah ketiak
Saya mempunyai ketulan dibawah ketiak sebelah kanan sejak 3-4 tahun lalu . ketulan ini sakit dan semakin membesar dan bersambung hingga ke payudara . Ketulan ini keras tapi boleh bergerak dan sakit. Adakah ini petanda kanser?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
Benjolan lemak atau tisu fiber
Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































