
Sulit
4 tahun
Ketulan/ biji di leher/bawah dagu
Selamat tengahari,saya wanita berumur 24 tahun. Terdapat ketulan /biji di bawah dagu saya. Tiada rasa sakit bila dipicit. Cuma saya risau ia sejenis ketumbuhan. Ketulan tu sudah ada dalam beberapa minggu. Mohon pendapat dr adakah ia perkara biasa atau saya perlu buat screening? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah tiroid
- kelenjar Lymph node yang membengkak
- Ketulan lemak (Lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!