
Sulit
4 tahun
Ketulan biji di lengan
Saya seorang pelajar berumur 19 tahun. Sebelum saya menceritakan masalah saya, ketika saya berumur 17 tahun, saya mempunyai kelenjar di bahagian leher (sebelah kanan) sudah mendapatkan nasihat doktor dan mereka beritahu akan sembuh dalam masa sebulan. Tetapi biji tersebut masih ada lagi sehingga sekarang. Pada pagi 11/12/20 selepas bangun dari tidur, tangan saya terasa lenguh dan saya mengurutnya. Kemudian saya terasa ada ketulan biji di lengan sebelah kiri (atas siku). Tetapi disebabkan kesibukan dengan kelas saya tidak pergi ke hospital. Keesokan harinya tangan saya yang ada biji itu terasa sakit sehingga ke bahu. Saya pergi ke hospital pada hari isnin untuk mendapatkan pemeriksaan. Saya telah membuat xray doktor hanya memberitahu itu adalah kelenjar dan boleh sembuh. Saya jugak akan melakukan ultrasound pada 2/2/21. Tetapi pada hari ini bahagian ketiak saya terasa sakit (lengan yang sama). Terdapat satu lagi ketulan di situ. Adakah ianya hanya sekadar kelenjar ataupun penyakit lain ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis
- Lipona
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Sebaceous cyst
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan benjolan semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.