
Sulit
4 tahun
Ketulan Daging Pada Payudara
Saya berusia 20an, baru baru ni saya perasan ada daging yg timbul di bahagian puting payudara. Boleh saya tahu apa yg menyebabkan daging tu timbul? dia tidak rasa sakit bila sentuh atau tekan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Saranan tambahan kami adalah anda perlu membuat pemeriksaan payudara kendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda atau gejala di bawah disebabkan oleh masalah payudara:
- Demam
- Terdapat cecair atau nanah keluar dari puting
- Puting merekah
- Ketulan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.