
Icha
6 tahun
Ketulan dalam kemaluan adakah kerana saya obes?
Selamat pagi… Doktor saya nak bertanya, saya belum berkhawin tapi pernah melakukan seks sebelum ini… Baru-baru ini saya ade perasan sesuatu di dalam kemaluan saya… Sejenis ketulan… Bila saya cangkung ketulan tersebut makin kehadapan pintu kemaluan saya… Saya seorang yang obes… Tinggi saya 157cm & Berat saya 105KG… Saya pergi ke klinik swasta biasa, doktor tersebut beritahu mungkin disebabkan saya obes, jadi pintu rahim saya kedepan… Macam mana tu doktor?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda.
Mons pubis adalah kawasan berlemak secara semulajadi. Apabila berat badan menjadi berlebihan, lebih banyak deposit lemak boleh berkumpul di sini. Dalam sesetengah kes, hormon mungkin menjadi punca lemak terkumpul di bahagian tersebut. Anda mungkin mendapati bahawa saiz mons pubis dan kawasan vagina keseluruhannya berbeza-beza mengikut kitaran haid anda.
Antara faktor lain ialah akil baligh, tempoh kehamilan, perimenopause dan juga ketika menopause. Walaupun hormon memainkan peranan, pertambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan faktor gaya hidup individu. Ini termasuk diet secara keseluruhan dan aktiviti fizikal. Apabila kulit mengembang akibat penambahan berat badan, anda mungkin dapat melihat perubahan pada badan anda yang anda tidak jangkakan, seperti vulva yang berkembang.
Dalam situasi anda, pengurangan berat badan adalah sangat penting bukan sahaja untuk pintu rahim anda, tetapi untuk mencegah anda daripada mendapat penyakit seperti kencing manis dan juga darah tinggi. Senaman yang kerap dapat membantu anda menurunkan berat badan dan mendapatkan badan yang tegang. Selain itu, diet yang seimbang adalah sangat penting dalam proses menghilangkan berat badan yang berlebihan. Saya sarankan anda berjumpa denga pakar nutrisi dan juga doktor untuk mengatasi masalah anda.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda.
Mons Pubis atau Mons Veneris ialah bahagian paling luar organ genitalia yang terletak di bagian depan dan ia merupakan kusyen dan lemak anda berkumpul di kawasan anda sekiranya anda berada dalam golongan obese. Manakala labia major dikenal juga sebagai bibir besar kemaluan merupakan struktur berupa lipatan seperti sepasang bibir yang merupakan lanjutan dari mons pubis dan permukaan labia mayor menjadi dua lapisan.
Labia minor atau bibir kecil kemaluan terletak di sebelah dalam, berada tepat setelah lipatan labia mayor dan mengelilingi lubang vagina dan ia mempunyai struktur yang hampir sama dengan labia mayor tetapi labia minor tidak mepunyai rambut serta terdapat saluran darah. Labia minor juga mempunyai beberapa kelenjar sebacea.
Berdasarkan BMI anda, anda tergolong dalam golongan obes dan anda haruslah mengurangkan berat badan anda untuk kesihatan anda sendiri. Berat badan yang berlebihan adalah risiko untuk penyakit seperti kencing manis, hypertension dan stroke. Anda boleh mulakan gaya hidup sihat anda dengan membuat senaman sebanyak tiga kali seminggu selama tiga puluh minit. Anda boleh melakukan brisk walking, jogging, zumba dan menyertai gim di kawasan anda.
Anda juga haruslah mengawal makanan anda dan makan makanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan sayur- sayuran, buah- buahan dan kurangkan makanan yang berminyak. Selain itu, anda haruslah kerap minum air suam dan mengelakkan minum minuman manis.