
yusofhardan
5 tahun
Ketulan darah besar keluar dari faraj
Saya wanita berusia 25 tahun dan telah berkahwin… sejak kebelakangan ni, saya mengalami pendarahan seperti period yg tak berhenti2… Sampai 1 tahap, seharian saya macam kena tumpah darah… 1 jam 5-6 kali tukar pad… Dan lebih membimbangkan saya, ianya keluar ketulan darah yg sangat besar… Kenapa ye? Bila pergi ke klinik, katanya darah istihadah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman nada, antara punca haid berpanjangan atau berlebihan adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.