
afzamsalleh
2 tahun
Ketulan di buah zakar sebelah kanan
Saya lelaki berumur 25 tahun dan saya masih bujang. Saya ingin bertanya kepada doktor. Saya mengalami simptom sering ingin membuang air kecil dan ada sekali pada jam 5 pagi saya terbangun kerana saya merasa sakit pada buah zakar saya. Saya ke tandas untuk buang air kecil dan memeriksanya ternyata ada ketulan kecil di dalam buah zakar saya. Apa harus saya lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ketulan dalam buah zakar yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kista
- varicocle (saluran darah vena bengkak)
- testicular torsion (saluran di buah zakar terbelit)
- epididymitis (jangkitan kuman pada buah zakar)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih