fizzamunirah89
4 tahun
Ketulan di ketiak bayi
Bayi saya dilahirkan normal tanpa sebarang penyakit.Semasa berumur sebulan lebih selepas pengambilan vaksin saya perasan bawah ketiaknya seperti ada satu ketulan yang agak besar.Saya telah bawa bayi menjalani pemeriksaan namun doktor tidak dapat mengenalpasti masalah ini.L
ama kelamaan ketulan tersebut semakin mengecil namun tetap tidak hilang.Sehingga bayi saya berusia 9 bulan ketulan tersebut masih ada.Ketulan tersebut tidak sakit apabila disentuh dan tidak kemerahan.Bayi saya juga sihat.Saya sangat risau dengan kewujudan ketulan tersebut.Tolong bantu saya doktor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan kecil yang terdapat pada bawah ketiak bayi anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - ketumbuhan tidak berbahaya akibat perubahan hormon ataupun kalenjar tersumbat
- Lebihan kulit - “skin tag”
- Kesan suntikan vaksin - badan bayi sedang memproses dengan menghantar banyak sel darah putih ke tempat suntikan
- Gigitan serangga
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.