Sulit
3 tahun
Ketulan di leher dan belakang badan
Hi doc sya wanita berumur 25 tahun. saya mempunyai ketulan di dibahagian tengah dan kiri leher serta di belakang badan saya (dekat pinggang). Ketulan lembut dan tidak sakit apabila dipegang. Saya pernah berjumpa dengan doc sebelum ini dan doktor tersebut memberitahu bahawa ketulan tersebut bukannya kanser namun doc tersebut tidak mengambil darah atau dll utk pemeriksaan lanjut. sehingga kini saya masih berasa risau kerana bimbang jika ketulan tersebut petanda kanser. bolehkah doc jelaskan kepada saya jenis ketulan yang saya hadapi ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan selamat pagi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada leher anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) - kista mempunyai berbagai jenis seperti “sebaceous cyst”, “thyroglossal cyst”
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman atau pun limfoma
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kalenjar tiroid - boleh membengkak akibat hiper atau hipotiroid
- Abses atau nanah dari jangkitan
Pihak kami percaya, doktor tersebut telahpun melalukan pemeriksaan pada diri anda dengan prosedur yang sepatutnya berdasarkan keperluan kepada masalah yang anda hadapi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.