
Sulit
3 tahun
Ketulan di lubang faraj
Saya 22 tahun. Sebelum ni bila basuh kencing saya still dpt rasa lubang terbuka if keluar keputihan or what. Tapi kali ni saya rasa lubang faraj saya tertutup oleh daging or sesuatu . Tidak rasa sakit tapi pelik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah ketulan di lubang faraj anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah seperti berikut:
- Ketumbuhan cyst pada kelenjar Bartholin, yang terletak pada kawasan berhampiran lubang faraj.
- Ketumbuhan cyst pada dinding vagina
- Fordyce spots, iaitu sejenis ketumbuhan sista kelenjar peluh pada kawasan lubang faraj
- Kembungan salur darah pada kawasan vagina atau lubang faraj (varicosities)
- Kanser vulva atau vagina, terutamanya sekira anda pernah mengalami jankitan ketuat kelamin (Genital Herpes)
- Ketuat kelamin atau dikenali sebagai Genital herpes. Ia merupakan salah satu jangkitan STD (Sexual transmitted disease)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor