
Sulit
4 tahun
Ketulan didada sebelah kiri dan bila dipicit ia mengeluarkan macam nasi
Hi, saya lelaki berumur 24. Masalah saya ialah ada ketulan didada sebalah kiri. Saya memicitnya tiada kesakitan dan ia mengeluarkan macam nasi. Adakah ia penyakit biasa atau boleh jadi kritikal, doc?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada dada anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber seperti fibroadenoma
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
- Kanser payudara - jika mempunyai sejarah kekeluargaan, gejala puting mengeluarkan cecair, sakit ketiak
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Jika benjolan tersebut disertai dengan simptom berikut, sila dapatkan nasiahat doktor dengan kadar segera:
- Berdarah
- Membesar dengan drastik
- Sakti yang bertambah
- Berubah warna
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.