Sulit
6 tahun
Ketulan haid dan haid tidak teratur
Sya berkahwin dan ingin mempunyai zuriat.sudah berkahwin selama 8 thn dan mejnalani rawatan.haid tidak teratur.apa yg harus saya lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera.
Adakah darah yang keluar dari haid anda berlaku mengikut kitaran haid atau ia berlaku dengan kerap? Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Stress atau tekanan emosi
• Kurang berat badan atau berat badan berlebihan
• Pengambilan alkohol berlebihan atau merokok
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan pencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Proses rawatan fertiliti untuk hamil mengambil masa,kesabaran dan kerjasama kedua-dua pasangan. Anda dan pasangan anda perlu menjalankan diet yang sihat dan bersenam serta berhenti tabiat seperti merokok, pengambilan alkohol. Anda juga perlu mengawal emosi dan belajar menghadapi stress secara efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































