
Sulit
3 tahun
Ketulan kecil pada zakar
Saya berumur 30 tahun dan seorg lelaki.Malasah saya pada zakar.Ada sebijik ketulan kecil bawah zakar saya ketulan itu agak keras dan masalah zakar saya bila nak mengeras dia akan ada bertakuk ditengah dan menjadi lembik.Perlu urut atau usap untuk jadi zakar saya kebentuk normal.Adakah ketulan itu puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda bimbang akan ketulan pada zakar. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ketulan pada zakar boleh disebabkan oleh banyak perkara. Contoh masalah kesihatan ketulan zakar adalah:
- Jangkitan kutil (warts)
- Jangkitan kelamin (STD)
- Trauma
- Psoriasis
- Jangkitan kandida (Candida Albicans)
- Masalah kebersihan tidak sempurna
Sepertimana dalam senarai di atas, ketulan pada zakar boleh berpunca daripada pelbagai penyakit. Ia juga masalah yang boleh dirawat.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk pada doktor anda atau pakar kesihatan kami secara atas talian. Harap jawapan ini dapat membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.