
Sulit
4 tahun
Ketulan keras seperti kelenjar di celah paha
doktor apa yg perlu saya refer jika ada masalah seperti ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh terlebih dahulu merujuk perkara ini dengan doktor di klinik swasta atau klinik kesihatan. Sekiranya selepas pemeriksaan, anda didapati memerlukan rawatan atau pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar, barulah doktor tersebut akan erujuk anda kepada doktor pakar yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.