
Sulit
3 tahun
Ketulan ketumbit berbulan
Saya wanita 20an ,sy mempunyai masalah ketulan ketumbit berbulan,pada mula nya sy sudah ke klinik dan doktor memberi kan ubat UTK disapu, mata oke tidak lagi rse pedih dan gatal,tetapi slpas itu mata jadi bernanah dan Sapu ubat oke balik,tapi ketulan tu masih melekat tidak surut,mata oke selesa je cuma apa perlu sy buat UTK hilang kn ketulan yg melekat dh lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketumbit yang anda hadapi. Untuk makluman anda, biasanya, masalah ketumbit ini akan pulih sendiri. Kebanyakan ketumbit ini adalah kecil dan tidaklah terlalu menganggu pesakit. Ketumbit ini boleh dirawat di rumah dengan mudah. Rawatan untuk kedua-dua jenis ketumbit ini adalah lebih kurang sama.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ketumbit ini:
- Menuam ketumbit dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit dan ulang 2 hingga 3 kali sehari.
- Membersihkan kelopak mata dengan menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata dengan lembut.
- Mengurut secara lembut chalazion yang bengkak untuk mengeluarkan lemak yang tersumbat.
Sekiranya ketumbit ini menjadi semakin besar, sakit atau mengambil masa yang panjang untuk sembuh, anda perlu berjumpa doktor untuk:
- Menggunakan titisan atau ubat makan antibiotik.
- Mengeluarkan nanah atau kandungan kelenjar dengan kaedah surgikal minor.
Walaubagaimanapun, masalah ketumbit jarang sekali memerlukan rawatan doktor kerana biasanya akan beransur pulih dengan sendiri. Sekiranya sering mengalami ketumbit, anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan kelopak mata dan tidak berkongsi alat solek mata untuk mencegah pertumbuhan ketumbit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda .