
Sulit
5 tahun
Ketulan lembut di dlm faraj
Sy berumur 30an…baru lepas lahirkan anak pertama tahun lpas…skrg ni sy perasan rasa mcm ada ketulan lmbut dlm faraj sy… Xda rasa sakit apa pn… Cuma bila batuk atau selsema. Sy terkucil…
Adakah merbahaya?. Da cara utk hilgkan ketulan tu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ketulan dalam faraj serta terkencing ketika batuk boleh disebabkan:
- Poilp dalam faraj
- Prolaps (kejatuhan struktur) rahim
- Ketumbuhan dalam serviks
- Jangkitan kulat atau virus HPV
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.