
Sulit
4 tahun
Ketulan pada bahagian bawah ketiak
Ketulan pada bahagian bawah ketiak yang menyebabkan rasa sakit apabila disentuh.Salam doktor,Saya ingin meminta penerangan lanjut mengenai ketulan pada bahagian bawah ketiak saya psebelah kiri, ketulan tersebut berbentuk kurus dan panjang dan terasa sakit apabila ditekan , walau bagaimana pun , ketulan itu dapat dipegang oleh dua jari seperti posisi mencubit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari , dan pada ketulan itu terdapat sedikit warna kemerahan tetapi tidak terlalu merah warnanya,oleh itu Saya ingin meminta pendapat doktor adakah ciri ciri tersebut berkaitan dengan kanser payudara ataupun tidak ,selain itu ,bolehkah saya menggunakan minyak ataupun krim untuk menyurutkanya Dan soalan terakhir saya berapa lama tempoh Masa kanser payudara itu merebak daripada tahap ke tahap yang seterusnya ?, Mohon penjelasan doktor terima kasih .

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ketulan atau benjolan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - jangkitan dalam rongga rambut
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.