
Sulit
4 tahun
Ketulan pangkal peha
Hi doctor. Sy br berumur 19 tahun. Sy nak tnya doc. Td semasa mandi sy ad berasa satu ketulan di pangkal peha sebelah kiri . Bila ditekan , berasa sakit. Boleh sy tau apa masalah sy ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami mendapat tahu punca kepada masalah anda.
Namun, masalah benjolan pada kulit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Lebam akibat dari trauma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya benjolan tersebut semakin membesar atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.