
Sulit
3 tahun
Ketulan putih keluar dari kemaluan
Bermula semalam ad ketlan putih keluar dari kemaluan saya.macam mn sy nk hilangkn?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Melalui keterangan anda diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketulan putih/keputihan yang keluar daripada kemaluan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Terlalu aktif dan sibuk
- Stres ataupun tekanan
- Pakaian yang terlalu ketat
Akan tetapi, ia boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor seperti:
- Vaginitis atau cervicitis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor