
Sulit
3 tahun
Ketulan putih pada kemaluan
saya wnita dlm usia 20tahun dan blm berkhwin. Saya mendapati ad ketulan putih yang nelekat xdpt dibuang pada bhagian kmluan di bhgian atas sebelum lubang vagina di sebelah kanan. Adkah ianya berbahaya, atau disebabkan luka semasa bercukur.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda perasan ketulan putih pada bahagian peribadi anda.
Kami akan cuba membantu.
Ini kemungkinan besar merupakan kesan bercukur.
Tidak dapat dikenal pasti jikalau ini merupakan suatu masalah yang berbahaya tanpa pemeriksaan dan maklumat lain.
Anda disarankan untuk berjaga-jaga semasa bercukur dan sering kali menukar alat pencukur jikalau ingin bercukur.
Selain itu,anda dilarang untuk memicit dan menggunakan jari anda kerana ini hanya akan memburukkan suatu yang kecil.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jikalau masalah ini berlarutan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor untuk nasihat dan pendapat lain yang berkaitan dengan masalah sebegini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan