
Sulit
4 tahun
Ketulan sebesar 1.5cm bawah rahang
Hi doc, apa punca atau kemungkinan penyakit untuk ketulan bawah tulang rahang/dagu?
Ketulan ada 6 biji, 3 di kiri dan 3 di kanan bawah rahang, boleh dirasai tetapi sukar dilihat.
Ketulan bersifat keras, bergerak2 bila diusik.ketulan tidak sakit bila diusik.ketulan bersaiz 1.5cm setiap ketulan.
Tiada simptom lain selain penat dan sakit kepala(sebulan sekali /2kali). Tiada mengalami demam,batuk, sakit tekak, mahupun sakit gigi/gusi.tapi punya allergic rhinitis yg berulang2.
Berdasarkan penjelasan yg diberikan, apa kemungkinan penyakit/ punca ketulan bawah rahang tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan di rahang boleh disebabkan oleh:
- Myofibroma
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kalenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah kalenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Keluhan dan keterangan yang anda berikan adalah masih belum lengkap sehingga sukar untuk ditentukan penyakit-penyakit yang mendasari gejala tersebut. Untuk mengatasi bengkak tersebut, punca masalah haruslah diketahui. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.