
sarahsahhari1995
4 tahun
Ketulan tubular adenoma di payudara
saya baru lepas menjalani pembedahan membuang ketulan di bahagian kiri payudara saya, doktor sahkan ketulan tersebut ialah tubular adenoma. tubular adenoma tu sama ke dengan fibroadenoma? atau berbeza, dan kalau berbeza, apa perbezaan antara tubular adenoma dan fibroadenoma?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Berdasarkan soalan anda, tubular adenoma memberikan gejala ketulan payudara yang bebas bergerak tanpa rasa sakit tanpa perubahan kulit atau puting yang berkaitan dan menyerupai fibroadenoma secara klinikal.
Ukurannya bervariasi dari 1 hingga lebih dari 7.5 cm dan ia mungkin sudah memberikan gejala selama 2 - 12 bulan sebelum diagnosis dibuat. Secara amya, tubular adenoma digambarkan dengan ketulan padat dan cenderung lebih lembut daripada fibroadenoma. Ada kajian berpendapat bahawa ketulan untuk memenuhi syarat sebagai tubular adenoma, berukuran sekurang-kurangnya 1cm.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu, jawapan ini hanya keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah payudara? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!