siti.nashriah
6 tahun
Ketumbit mata yang kerap
Saya seorang wanita berumur 21 tahun, mata saya kerap menjadi ketumbit di bawah hujung mata, sudah hampir 5 kali ketumbit ini terjadi, selalunya dalam 3 hari dia akan sembuh dengan sendirinya, namun selepas itu, dia terjadi semula, dan yang peliknya ketumbit ini selalu berubah mata, kadang2 jadi di sebelah kanan mata, kadang2 jadi di sebelah kiri mata. Apakah puncanya dan bagaimana cara merawatnya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ketumbit yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- infeksi kelopak mata
- dermatitis alergik
- kelainan kongenital saluran air mata
- tumor di saluran air mata
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih




























