
Sulit
4 tahun
Ketumbuhan benjolan keras di belakang leher
Salam sejahtera…saya ingin bertanya tentang lipoma…dengan doktor pakar apa yang harus saya berjumpa jika ingin bertanya tentang lipoma…adakah doktor pakar kuli?atau doktor pakar lain? Mintak pendapat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah. Mereka akan pastikan bahwa diagnosis tersebut adalah benar lipoma. Mereka juga boleh membuat penilaian sekiranya anda ingin menjalani pembedahan kosmetik untuk membuang lipoma tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.