
fadzillahali12
5 tahun
Ketumbuhan dalam mata
Saya Zila… mengalami ketumbik tepi mata kecil saja…tapi tidak sakit…apakah punca nya…dan adakah boleh menyebabkan kesan sampingan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbit (stye) - disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata
- Chalazion - penakungan minyak pada kelenjar kelopak mata
- Xanthelasma - muncul akibat adanya timbunan lemak yang disebabkan oleh tingginya kolesterol dalam darah yang kemudian ‘dibuang’ di jaringan bawah kulit (kebiasaannya berlaku dalam kalangan usia 40-50 tahun)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.