
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan di bawah batu zakar
Sy lelaki masih bujang lingkungan 30an baru 2-3 hari ni merasa tidak selesa di bawah batu zakar tdpat satu ketumbuhan smkin hari smkin besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang ditujukan. Untuk pengetahuan anda, masalah ketumbuhan pada batu zakar boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Hydrocele (pengumpulan air pada batu zakar/ skrotum)
- Epididymal cyst (kista epididimal)
- Spermatocele (sperma yang terkumpul)
- Ketumbuhan pada skrotum (buah zakar)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.