
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan Di Ketiak
saya wanita berumur 36 tahun… sudah berkahwin dan mempunyai ank seorg… sy baru perasan ada benjolan di bawah ketiak… bila tekan sakit… benjolan anggaran kecik sedikit dari buah guli… nasa mula2 bila mandi sy terasa pedih dan sakit… baru2 ni sy baru perasan ada benjolan bila ditekan sakit… adakah sbb sy shave?.. masalah kesihatan sy normal… tiada demam dll… dan sy pun selalu check payudara tiada sebarang perubahan… sy amat risau… sebab sejarah keluarga arwah ayah sy kanser limfoma…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- lymphadenitis
- hidradenitis supurativa
- folliculitis - keradangan folikel rambut
- epidermal cyst benjolan bawah kulit
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.