
Sulit
5 tahun
Ketumbuhan ovari. Teratoma cyst
Sy mengalami sakit terlampau pd 17/9 hari pertama period. Sakit yg terlampau dibahagian pinggang sebelah kanan. Sy telah melakukan ultrasound, mri dan ct scan. Keputusan mengesahkan teratoma dermoid cyst bersaiz 3-4cm. Sy di jadualkan untuk melakukan operation hari Isnin ini.
Saya mahu penjelasan dari doctor benarkah abahawa cyst akan menyebabkan rasa sakit di bahagian pinggang sblh kanan, sakit sewaktu berjalan, kembung perut? Masalahnya sakit itu kerap dan unbearable

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda telah pun melakukan pemeriksaan diagnostik secara scan dan lain-lain, justeru adalah lebih jelas lagi ini adalah diagnosis penyakit anda.
Adalah digalakkan langkah yang anda lakukan sekarang adalah mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan dan mematuhi segala arahan pengubatan oleh para doktor, jururawat dan profesional kesihatan lain.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.