Anonymous
6 tahun
Ketumbuhan pada faraj
salam sejahtera , saya wanita 23 tahun, belum berkahwin…
saya ingin bertanya , kemaluan ada seperti ada ketumbuhan warna coklat tetapi tidak sakit . saya juga mengalami keputihan . Ada kah ia sejenis penyakit , apa punca dan bagaimana cara merawatnya ?
Thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kami memerlukan keterangan lebih lanjut tentang ketumbuhan yang anda alami. Seperti warna, saiz, tempat spesifik, rupa dan ciri dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































