
alyaaazira
5 tahun
Keupayaan menderma darah
Bolehkah saya menderma darah…kalau darah saya jenis alergik…alergik dengan persekitaran…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Hal ini kerana golongan darah terdiri daripada 4 jenis iaitu A, B, AB dan O. Tidak ada golongan darah alergi. Justeru, sekiranya anda berniat untuk menderma darah, selagi anda sihat, berat badan sekurang-kurangnya 45kg dan anda tidak mempunyai tattoo atau tindikan, silakan untuk menderma darah.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.