
Jenny
6 tahun
Khuatir akan hamil
saya baru sahaja bersama dengan suami saya beberapa hari yang lalu. dan saya khuatir yang saya akn hamil. adakah perlu saye mengambil pil perancang bagi mengelak sebarang kebarangkalian untuk hamil.

6 tahun
Terima kasih atas soalan anda. Terdapat 2 cara utama untuk mencegahan kehamilan selepas menjalani hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Cara pertama adalah mengambil pil perancang keluarga secepat mungkin selepas menjalani hubungan kelamin tanpa perlindungan. Pil perancang yang biasa seperti Postinor dan Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Namun demikian, pil-pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Cara kedua adalah menggunakan intrauterine contraceptive device atau IUCD. IUCD yang biasa digunakan untuk mencegah kehamilan adalah IUCD jenis tembaga. IUCD dimasukkan oleh doktor dan ia berkesan sehingga 5 tahun. IUCD tembaga berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Jika hubungan kelamin anda adalah lebih daripada 120 jam, pil perancang dan IUCD adalah kurang berkesan untuk mencegah kehamilan. Namun demikian, anda tetap boleh mengambil pil perancang keluarga untuk meningkatkan peluang untuk tidak hamil. Selain itu, bukan semua hubungan kelamin tanpa perlindungan akan menyebabkan kehamilan. Jika haid anda lewat, sila dapatkan ujian kehamilan.