
Sulit
4 tahun
Kiloid Merata tempat
Saya lelaki umur 23 tahun. Saya ada masalah banyak kiloid satu badan saya depan dan belakang. saya start ada kiloid masa lepas kena demam campak masa sekolah rendah hasil parut demam campak tersebut. Masa tu kiloid tu ada daam 3-4 sahaja pada badan. Yang saya peliknya, pada bahagian badan saya tak boleh ada luka langsung. Selepas luka je mesti parut tu membengkak dan kekal macam tu. badan saya ni memang mudah berjerawat. dan hasilnya badan saya penuh dengan kiloid merata tempat. saya jadi kurang keyakinan diri. dulu masa form 3 saya ada buat rawatan dekat hkl, biasa dalam 2-3 bulan kena inject apa tah dekat kiloid. dah kalau banyak mcm ni, takkan nak dienjet semua hahaha… saya jadi kurang keyakinan diri. benda ni pon jadikan badan gatal gatal. saya belum kahwin lagi, saya harap bakal bini tak seram la tngok badan saya ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, keloid disebabkan oleh ketumbuhan ataupun overgrowth tisu parut dan keloid kebiasaannya lebih besar daripada luka asal. Berikut merupakan beberapa penyebab punca parut keloid:
- Parut chicken pox
- Parut jerawat
- Melecur
- Tindikan telinga
- Kesan cakaran
- Parut vaksinasi
- Parut pembedahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berkaitan rawatan keloid pula, rawatannya adalah sedikit rumit dan memerlukan perhatian doktor. Walaupun begitu, keloid kadangkala akan mengecil dengan sendiri dan kemudiannya menjadi rata atau menggunakan moisturizing oil untuk melembutkan tisu keloid tersebut. Bagi rawatan perubatan pula, ubatan topikal akan digunakan oleh doktor. Pembedahan keloid pula akan dipertimbangkan oleh doktor berdasarkan keinginan pesakit dan juga sekiranya pembedahan tersebut memberikan lebih manfaat daripada risiko selepas pembedahan dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.