
Sulit
4 tahun
Kiraan bulan kehamilan
Saya ada soalan yang saya tak berapa faham tentang apa itu Last Menstrual period(LMP) isteri saya LMP pada tanggal 3/4/2019 tiba tiba dia cakap pada 25/5/2019 dia HAMIL.JADI boleh doktor terangkan apa itu LMP.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, waktu terakhir datang haid ( Last Menstrual Period – LMP) merujuk kepada hari pertama wanita mengalami pendarahan haid yang terakhir.
Tarikh kehamilan anda tetap dikira dari hari pertama haid terakhir anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor ibu dan anak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.