
Sulit
4 tahun
Kiraan tarikh kehamilan
Hi doctor…last period 16 oct 2020
14 nov 2020 period hanya tompok2 warna coklat lebih kurang 3,4 hari je
29 dec 2020 disahkan mengandung
Tarikh yg manakah dikira last period? 16 oct @ 14 nov? Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, walaupun terdapat beberapa cara bagi menghitung usia kehamilan, namun tiada satu kaedah yang dapat memberikan hasil yang pasti. Teorinya adalah, ia adalah anggaran usia kehamilan.
Cara pertama adalah melalui hitungan dari hari pertama haid terakhir anda. Namun, sekiranya “haid” itu adalah sebenarnya perdarahan di awal kehamilan, maka kemungkinan usia kehamilan anda adalah lebih lama.
Cara kedua adalah melalui scan ultrasound. Menurut kajian, kaedah ini adalah lebih tepat dibandingkan yang atas. Ia biasanya boleh menghitung usia bayi paling tepat pada usia kehamilan sekitar 12 minggu.
Justeru, sukar untuk dikonfirmasikan usia kehamilan sebenar anda disini yang mana. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.