Sulit
5 tahun
Kitaran darah haid tidak normal
Hye Doc.
Saya ingin bertanya berkenaan kitaran haid saya…sebelum nih saya tak pernah mengalami masalah berkaitan darah haid, tapi bermula dari bulan 10 haritu kitaran haid saya jadi tak normal.start first day saya datang haid.darah keluar x macam selalu…selalunya 7 hari darah dh stop tp sekarang berlarutan dan hnya keluar mcm gumpalan semasa saya buang air kecil…saya rsa mungkin sbb tukar cara mkn ataupun perubahan hormon…saya tggu untuk next month means bulan november la…still jaďi macam tuh jugak…dalam seminggu darah keluar sikit…seminggu lepas tuh keluar sederhana…dan stop saya ingat dah habes period…tapi lepas tuh keluar lagi sampai harini…keluar semasa saya nk buang air kecil…mksudnya bila saya duduk dalam keadaan bercangkung…doc adakah nih gejala saya nk dapat penyakit 


Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Haid yang normal adalah dari 2 hingga 8 hari. Sekiranya masih dalam batas tersebut, haid anda masih dianggap normal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























