Sulit
4 tahun
Kitaran darah haid tidak teratur di usia 16
saya remaja 16 tahun. saya datang haid di usia 13 (bulan disember) . kitaran haid saya selalu tidak teratur…sewaktu saya di umur 15 , haid saya datang kadang ii 2 bulan sekali kadang ii hujung bulan awal bulan tengh bulan…ya x teratur lgsg
. tarikh terakhir saya datang haid 1/12/2020-12/12/2020…smpai sekarang hampir 3bulan sya x dtg haid…saya x mengalami apa ii gejala…dan saya lgsung tidak pernah sentuh lelaki…bantu sya doktor…buat masa ini, saya belum pergi ke klinik…boleh sya dapat jwpn dri doktor?..
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.



























