
Sulit
3 tahun
Kitaran Haid 1 bulan lebih daripada 20 hari
Hi. Saya wanita berumur 23 tahun. Sya mempunyai kebimbangan. Lately, bermula bulan 5 hari itu, saya mempunyai kitaran haid yang tidak konsisten. Dimana ambil masa yang lama untuk habis haid. Sya free hanya dalam 4-5 hari sahaja. Kemudian, berlaku haid balik dan mengambil masa yang panjang. Harapkan penjalasan dari Dr. Terima kasih atas penjalasan Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi 20 hari. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor