
Sulit
5 tahun
Kitaran haid 2x sebulan
Saya berumur 34 tahun… mengalami keguguran bln 7 lepas pada usia janin 2 bulan. Selepas didiagnos sy mempunyai dermoid cyst dan telah menjalani pembedahan buang cyst tersebut bln 9.
Saya ingin mengajukan soalan adakah normal selepas pembedahan tersebut seseorang itu akan mengalami kitaran haid yg x menentu? Sebelum ini kitaran haid sy normal sebulan sekali… mohon penjelasan daripada doktor… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pola haid yang diluar batas normal juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal ( abnormal uterine bleeding ). Apabila haid datang lebih cepat dari 24 hari dalam kitaran haid, ia dapat dikatakan tidak normal. Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Disebabkan anda baru sahaja menjalani pembedahan dermoid cyst (pertumbuhan janin kandungan yang tidak normal (teratoma) membentuk kulit, folikel rambut, dan kelenjar peluh, yang berasal dari sel-sel embrio), adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat agar dapat langsung dilakukan pemeriksaan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.