
Sulit
4 tahun
Kitaran haid melebihi tempoh
Isteri saya mengalami datang Bulan melebihi tempoh 7 Hari masih lagi keluar darah cair.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang isteri anda hadapi. Masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti
- Berat badan berlebihan
- Mengambil perancang keluarga (pil, suntikan, implan atau IUCD)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa isteri anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor segera supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan isteri anda untuk merekod kitaran haid beliau supaya ia boleh menjadi rujukannya dan juga doktor pada masa hadapan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh haid atau pendarahan pula adalah di antara 2 hingga 7 hari.
Usah berlengah dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda isteri anda mengalami gejala ini:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Pucat
- Lemah dan lesu
- Pitam
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.