Sulit
5 tahun
Kitaran Haid normal kini telah lewat lebih 15 hari
Hi. Saya wanita berumur 31 tahun dan telah berkahwin selama 6 tahun. Saya masih belum mempunyai anak dan kitaran haid saya sangat teratur, tidak pernah miss, dan boleh dikatakan normal. Sya juga telah membuat pemeriksaan kesuburan dan disahkan normal oleh pakar. Tapi baru2 ni, saya periksa yg saya telah lewat selama 17 hari (melihat pada apps) dan saya telah membuat pemeriksaan kehamilan kendiri sebanyak 3 kali dan mendapati ketiga-tiganya negatif. Apa yg perlu saya lakukan seterusnya?
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!


























