
adiema08
6 tahun
Kitaran haid pendek dan kurang dari kebiasaan
Saya wanita berumur 39 tahun dan telah bersalin secara caseran sebanyak 2 kali. Kali pertama pada 2006 dan kedua 2016. Selepas bersalin kali kedua, haid hanya datang selepas setahun kerana mengusu badan. Adakah normal jika kitaran haid hanya 19 hari. Ini adalah kali pertama berlaku.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kitaran haid normal adalah: 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal: 2-7 hari.
Punca perubahan kitaran haid boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Penyusuan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!