
Sulit
5 tahun
Kitaran haid & pil perancang
Saya baru henti period dlm 16 hari…dan saya ada mkn pil perancang,saya ada lupa mkn 2 hari direct hari ke3 saya mkn balik,lepas tu ada keluar darah mcm period tapi sikit2 saja…adakah ia normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, kami perlu mengetahui beberapa maklumat lain sebelum membuat kesimpulan. Bilakah anda mula makan pil perancang ini? Adakah anda mengikut arahan seperti yang tertera pada pek? Adakah waktu keluar darah tersebut berdekatan dengan tarikh haid anda?
Bagi memberikan maklumat yang lebih lengkap dan gambaran lebih jelas, anda disarankan untuk bercakap secara terus dengan doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.