
Sulit
5 tahun
Kitaran haid saya normal seperti biasa tapi kali ni priod saya keluar tidak seperti biasa hari ke 2 dah kering.ketika priod memang sakit perut yang teramat sangat.bolh tahu apa permasalahan dan kenapa priod saya tidak seperti biasa dalam 6 hari
Saya wanita dalam 30 an

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah haid sedikit boleh disebabkan:
- Kehamilan - anda boleh membuat ujian air kencing 1-2 minggu selepas tarikh akhir bersetubuh
- Kesan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.