
Sulit
4 tahun
Kitaran haid terlalu awal
Saya wanita umur 25 nak masuk 26, saya nak tanya kenapa kitatan hadi saya awal biasanya 10hb ke 11hb then bulan February lepas 9hb now bulan march 8hb so saya nak tahu apa maksud itu sebab saya tak pernah lagi datang haid bulan terlalu awal dan saya dalam perancangan untuk hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Berikut merupakan antara sebab yang biasa dilaporkan berkenaan kitaran haid yang tidak menentu:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perlu kerana anda merancang untuk hamil.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.