
Sulit
3 tahun
Kitaran haid tiada selama 1 thn
Anak saya baru berumur 17 thn dan mengalami putus haid kalo d kira suda 1 lbh tidak dtg berat badan anak saya 116 kg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anak anda mengalami masalah tidak datang haid selama 1 tahun. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid tidak datang adalah seperti:
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi