Anonymous
5 tahun
Kitaran haid tidak menentu dan tidak tahu bagaimana untuk mengira kitaran haid saya
Saya wanita berusia dalam 20an dan saya mengalami masalah dengan kitaran haid saya plus saya masih belum berkahwin. Saya first time period umur 18 tahun. Saya period dalam 6/5-12/5 kemudian saya datang period lagi pada 28/5. Adakah ianya normal. Kekadang period saya x tentu. Kekadang sebulan x datang. Macam mana saya perlu kira kitaran haid saya
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca perubahan kitaran haid/haid tidak teratur adalah:
- Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Berkenaan kiraan kitaran haid, kitaran haid normal adalah 21-35 hari.Tempoh datang haid normal: 2-7 hari.Jika kitaran normal anda 28 hari, anda akan dapat haid setiap 4 minggu. Jika kitaran normal 22 hari, anda akan dapat haid setiap 3 minggu.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



























