
Anonymous
6 tahun
Kitaran haid tidak menentu
Saya berumur 24tahun dan belum berkahwin. Sekarang saya bekerja sebagai pembantu jualan dimana saya dikehendaki untuk angkat barang-barang berat. Setiap kali lepas angkat barang berat, mesti ada darah dekat pantiliner saya. Padahal seminggu sebelum berlaku saya baru datang period. Boleh sy tahu explanation. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan saya mendapat pemahaman bahawa anda sedang menagalami haid yang tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. - Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.