
Sulit
4 tahun
Kitaran haid tidak teratur dan masalah gastrik yang teruk, haid warna hitam
Saya wanita dalam umur 21 tahun, bujang. Saya ada masalah kitaran haid tak teratur sejak 2017. Dulu darah haid saya warna merah gelap tapi kalini darah haid saya warna hitam lepastu keluar pun sikit sikit and banyak keluar ketulan warna hitam. Senggugut ada sikit sikit tapi tk macam haid sebelum ni, ni baru first time jadi. Kenapa ye doc? Lepastu perut belah atas ni keras, bawah lembik. Sejak akhir akhir ni saya kerap gastrik yang terlalu teruk sampaikan taknak makan apa apa dah. Kadang kadang tu makanan tersekat kat saluran tekak ke perut. Rasa sesak nafas, kerap sendawa tapi muntah2 takde pulak. Tolong doc jelaskan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala haid berwarna hitam yang dialami sememangnya boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Ianya lazim berlaku apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur disertai dengan gangguan sakit perut atau senggugut. Antara punca utama termasuk:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!