Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur. Selepas 8 hari stop haid, ia datang semula
Hi Dr, saya gadis berumur 21 tahun. Sepanjang march sebulan saya todak datang haid, manakla pada april, hari pertama haid pada 12/4/20 dan berakhir pada 26/4/20. Tiba tiba harini saya dapati saya datang haid semula. Jadi adakah ini normal? Atau tidak? Kitaran Haid tidak normal ini pernah berlaku semasa saya sekolah menengah. Jadi sekarang ia muncul semula. Tapi saya tak pernah melalui tempoh yang begitu singkat begini. Mohon penjelasan dr…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























